fbpx

Polis minta bantuan Jabatan Imigresen kesan lapan suspek kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri

PARIT – Polis Perak akan meminta bantuan Jabatan Imigresen (JIM) bagi mengesan lapan individu warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki dalam tangki najis di belakang sebuah rumah di Taman Wai Thong, Kuala Kangsar Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, identiti kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri yang juga warga Indonesia itu telah pun dikenal pasti.

“Setakat ini, ada lapan individu yang dikenal pasti di mana enam daripadanya tinggal berhampiran rumah yang didiami mangsa dan pasangan suami isteri itu. Kesemua mereka merupakan warga Indonesia.

“(Bagi mengesan mereka) kita telah meminta bantuan daripada Jabatan Imigresen (untuk pemeriksaan) di pintu keluar masuk negara,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini semalam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu itu turut dimeriahkan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Mengulas lanjut Mohd. Yusri berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan Kedutaan Indonesia bagi membantu mengesan kesemua suspek berkenaan.

“Kesemua individu itu diperlukan untuk kita menjalankan siasatan lanjut berkaitan penemun mayat berkenaan.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk proses seterusnya sebaik sahaja ia selesai dilengkapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI