fbpx

Penggunaan penimbang elektronik diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin ketika menurunkan tandangan sebagai gimik pelancaran sambutan Hari Metrologi Sedunia 2023 hari ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan komuniti perniagaan di negara ini beralih kepada penggunaan alat penimbang elektronik secara berperingkat dalam tempoh setahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ketika ini, hanya 25 peratus alat timbang elektronik digunakan di seluruh negara manakala bakinya masih menggunakan alat timbang dan sukat yang lama.

Beliau berkata, peralihan kepada alat timbang digital itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan sesi libat urus bersama-sama pemain industri dan pihak berwajib.

“Pelaksanaan penggunaan penimbang baru itu akan dipertimbangkan daripada segi kecukupan bekalan serta harga untuk peralatan tersebut.

“Tempoh yang diberikan juga akan memberi masa kepada untuk melakukan peralihan penggunaan alat timbang di premis masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Metrologi Sedunia, hari ini.

Katanya, KPDN juga telah meneliti dan melantik beberapa syarikat berlesan yang akan membekalkan alat penimbang elektronik.

Salahuddin memberitahu, peralihan kepada alat timbang elektonik ini penting kerana kadar ketetapannya tidak boleh dipertikaikan berbanding alat timbang yang lama.

Terdahulu, Salahuddin turut menyaksikan majlis pengikrafan Malaysia Books of Records (MBOR) kepada De Metrologi Sdn. Bhd. (DMSB) atas pencapaian rekod jumlah verifikasi alat timbang dan sukat paling banyak dalam tempoh sehari.

DMSB mencipta rekod tersebut pada 16 Mei lalu dengan jumlah 3,197. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI