Sangat merendah diri, sepertinya pujian tersebut yang sering diberikan orang ramai kepada Natasha Hudson.
Semuanya disebabkan gaya hidupnya sejak mendirikan rumah tangga dengan Jay Jasmin dan menetap di Pulau Langkawi, Kedah.
Kata netizen, kehidupan sederhana dan sifatnya yang sangat merendah diri perlu menjadi ikutan selebriti tanah air lain.
Lucunya, ada juga yang mahu dia dilantik sebagai duta Langkawi kerana kerap mempromosi pelbagai lokasi dan aktiviti menarik sana.
“Natasha nak sangat bahagia dengan cara hidup begini, suka aura anda,” puji netizen.
“Tolonglah lantik dia sebagai ikon Langkawi. Bagus usaha dia, terutama bab jaga kebersihan pantai,” kata pengguna TikTok.
Bagus juga idea tentang ikon, tetapi Diva pun suka dengan kehidupan Natasha yang lebih gembira dan tenang sekarang.
DIVA: Ternampak kelibat Noh Hujan dan tunang dalam salah satu video TikTok Natasha.