GEORGE TOWN – Ibu kepada peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang Jumaat lalu menitip doa orang ramai agar anaknya itu ditemui selamat.
Pemilik Facebook, Che Tom Hassan telah memuat naik satu hantaran bertulis: ‘Mohon semua doakan anakku selamat… Mohon jasa baik semua…. Rindu anakku..’ di laman sosialnya lapan jam lalu.
Rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan agar misi pencarian Hawari dipermudahkan dan dijumpai semula.
“Semoga Hawari Warie selamat pulang ke pangkuan keluarga,” tulis seorang pemilik Facebook. I dan Mery Lim berdoa Hawari cepat balik Malaysia dgn selamat!” kata seorang pengguna media sosial.
Terdahalu, Kosmo! Online melaporkan, Wisma Putra mengesahkan kehilangan Muhammad Hawari yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Muhammad Hawari dilaporkan telah berjaya sampai di puncak Gunung Everest Khamis lalu dan telah bergerak turun selepas itu namun, masih belum dapat dikesan sehingga kini.
ME 2023 anjuran Kelab Eksplorasi Altitud telah memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun ini. – KOSMO! ONLINE