fbpx

Malaysia sedia luaskan pertukaran pelajar universiti dari Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika menyaksikan pemeteraian memorandum Universiti Teknologi Malaysia dengan pihak Russia di sela Forum Kazan. - Foto ihsan KPT

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk memperluaskan program pertukaran pelajar terpilih dengan pelbagai universiti terbaik dari Russia.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua negara itu terlebih dahulu wajar memperakukan tahap standard diploma masing-masing.

“Kami terbuka namun perakuan sedemikian perlu diutamakan sebagai bentuk insentif pelajar kedua-dua negara,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial rasminya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk hasil lawatan kerja ketika menyertai salah satu program dialog pengajian tinggi pada Forum Russia – Dunia Islam 2023 di Kazan, Tatarstan berakhir kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, ketika ini Malaysia sudah memiliki Program Mobiliti Penuntut dengan skim pertukaran pelajar pelbagai universiti dari seluruh dunia.

“Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar Russia terutama sepanjang musim panas di negara mereka dan mahu melihat ramai penuntut asing datang ke Malaysia.

“Pun begitu, halangan terbesar ke arah pelaksanaan program itu ialah tiada pula perakuan timbal balas diploma kedua-dua negara dimeterai selama ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI