fbpx

Mahkamah: Pelukis pelan didakwa muat naik hantaran hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus Embong (tengah) didakwa memuat naik hantar menghina Islam di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pelukis pelan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik menghina Islam di laman Facebook pada dua tahun lalu.

Muhammad Firdaus Embong, 39, yang merupakan orang kena saman (OKS) membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dan berniat menyakiti hati orang lain dengan menggunakan akaun Facebook bernama ‘Firdaus Embong’.

Muat naik hantaran itu dilihat pada 15 Disember 2021 di Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di Jalan Sultan Mohamad di sini pada pukul 10 pagi.

Muhammad Firdaus didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Firdaus dibebaskan dengan wang jaminan RM4,000 dan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Jun depan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI