fbpx

Kelawar mampu ‘selamatkan’ manusia dalam pandemik baharu – Pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teeling mendakwa kelawar menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya. - Getty Images/500px

DUBLIN, IRELAND – Seorang pakar mendakwa bahawa kelawar ‘kebal Covid’ berpotensi menjadi ‘kunci’ untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia sekiranya tercetusnya wabak baharu, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Apabila pandemik Covid-19 menular pada Mac 2020, segelintir pakar menganggap virus itu berasal dari sebuah makmal China atau kelawar yang dijual di pasar Wuhan.

Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti College Dublin, Emma Teeling berkata, kelawar berpotensi ‘mengajar manusia banyak perkara mengenai cara melawan penyakit’.

“Kelawar ladam dari Benua Asia dianggap punca asal virus itu sebelum berkembang menjadi Sars-CoV-2. Ia bermutasi apabila menjangkiti spesies mamalia pertengahan.

“Apabila haiwan-haiwan lain dijangkiti virus itu di pasar, virus asal bertukar menjadi agen yang boleh merebak melalui manusia dan mencetuskan wabak Covid-19,” katanya.

Menurut Teeling, timbul persoalan bagaimana kelawar sendiri tidak dijangkiti penyakit tersebut dan dakwanya, perkara itu disebabkan oleh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu.

“Sepanjang tempoh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu, kelawar memodulasi sistem imun supaya tindak balasnya menjadi lemah.

“Akibatnya, ia boleh menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya,” tambahnya.

Teeling mendakwa kelawar tidak menularkan Covid-19 kepada manusia, sebaliknya manusia yang mengganggu kehidupan haiwan itu.

Dia turut memberi amaran bahawa manusia perlu bersedia untuk satu lagi wabak dan kajian terhadap sistem imun kelawar merupakan satu kaedah utama untuk berdepan dengan wabak itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI