fbpx

Kahwin senyap, cerai pun senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINAL didakwa sudah menceraikan Fyna dua minggu lalu.

TIADA angin, tiada ribut nama Fyna Jebat sekali lagi memanas selepas isu berkahwin dengan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Minggu ini, termometer persada seni tempatan dibahangkan dengan keruntuhan ikatan perkahwinan penyanyi wanita itu bersama suaminya, Zainal.

Perihal mendukacitakan tersebut didedahkan oleh anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah memberi bayangan tentang pemberontakan rumah tangga yang berlaku sejak dua minggu lalu dalam satu ruangan komen di laman sosial.

“Kenapa perlu kongsi semula cerita bulan April yang lalu?

“Ibu saya juga tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar.

“Untuk pengetahuan awak, ayah saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” katanya dalam ruangan komen.

Anak ‘pecah lubang’

Zahira bukan sahaja mendedahkan soal perceraian yang berlaku antara ayah dan ibu tirinya itu, malah dia turut menyelar dakwaan Fyna pernah berdamai dengan ibunya, Datin Zalina Zaini.

Sehingga kini, pemilik nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, dan suami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang berita yang bertebaran mengenai rumah tangga mereka.

Biarpun Zainal ditemui media ketika menghadiri Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) – Liga Bolasepak Amatur Malaysia (AFL) yang diadakan baru-baru ini enggan memberikan sebarang komen.

Dalam nada bergurau, dia menolak sebarang pertanyaaan mengenai hal peribadi dan dianggap bersikap professional kerana masih lagi hadir dalam acara umum.

Bagi mengesahkan berita perceraian tersebut, pihak media cuba dapatkan kenyataan daripada Ayda Jebat selaku kakak kepada Fyna.

Namun, Ayda enggan masuk campur isu rumah tangga adiknya dan akui penat menjawab pertanyaan tentang Fyna.

Kunci mulut

Kali pertama nama Fyna memanas apabila tercetus spekulasi berhubung pernikahan dengan Zainal pada Januari lalu yang hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Namun, berita tersebut diakui bekas peserta Akademi Fantasia (AF9) itu semasa sidang akhbar usai program realiti Famili Duo berlangsung.

Belum reda isu bergelar isteri kedua kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan itu, Fyna terpalit dengan kontroversi pergaduhan bersama madunya di sebuah restoran di Shah Alam.

Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku apabila Zalina (isteri pertama) marah kepada Fyna kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan.

Namun, tidak lama selepas itu Fyna memaklumkan bahawa sudah berbaik dengan madu dan menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka.

Setelah pelbagai rintangan yang dihadapi selebriti dan pemain bola sepak itu, kedua-dua mereka perlu diberi pujian kerana masing-masing memilih untuk mengunci mulut tentang kehidupan peribadi.

Meskipun kedua-dua pasangan itu mendiamkan diri, ada sahaja pihak lain yang cuba bercakap soal ‘dalam kelambu’ mereka.

Tidak seperti kes-kes selebriti lain yang harus mengemas kini keadaan rumah tangga setiap kali ditimpa dugaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI