fbpx

Jalan Karak-Simpang Pelangai RM1 bilion dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN (kanan) beramah mesra dengan penduduk pada majlis Jamuan Aidilfitri di Kampung Relong di Lipis malam tadi.

LIPIS – Kementerian Kerja Raya sedang menyiapkan pelan reka bentuk jajaran jalan antara Karak ke Simpang Pelangai di bawah projek pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bernilai RM1 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini giat menyiapkan reka bentuk jajaran berkenaan sejauh 30 kilometer.

“Setelah siap reka bentuk, JKR akan membawa ke pengetahuan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kemudiannya akan dibentangkan menjelang Bajet 2024 penghujung tahun ini.

“Perancangan projek ini perlu dilakukan secara teliti memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi serta manfaat bagi penduduk untuk tempoh jangka panjang khususnya pengguna jalan raya,” katanya pada Majlis Jamuan Aidilfitri bersama penduduk di Kampung Relong, Padang Tengku di sini malam tadi.

Abdul Rahman mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam sekitar dan Teknologi Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang meminta kerajaan menyambung jalan raya di bawah projek LTU antara Karak ke Simpang Pelangai, Bentong.

Menurut beliau kerajaan sememangnya sudah ada perancangan pelan reka bentuk Jalan Karak-Simpang Pelangai serta perancangan untuk menyambung projek LTU antara Simpang Pelangai, Bentong ke Johor Bharu selepas projek LTU Karak-Simpang Pelangai.

“Kerajaan mengambil sedikit masa untuk pembinaan projek penyambungan jalan raya dari Karak ke Simpang Pelangai dan kerajaan perlu menyelesaikan pembinaan LTU dari Bentong-Raub-Lipis dan berakhir di Kota Bahru dalam tempoh dua tahun ini.

“Kerajaan juga ada perancangan jangka panjang untuk menyambung projek yang sama dari Simpang Pelangai, Pahang ke Johor Bharu bagi keselesaan pengguna jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kesesakan pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI