fbpx

FAMA bantu usahawan tani terjejas cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (berdiri, lima dari kiri) bersama usahawan yang menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM202,250 di Pejabat FAMA Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu usahawan tani yang berdepan masalah pemasaran produk pertanian disebabkan cuaca panas ketika ini.

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya mempunyai banyak kaedah untuk membantu mereka memasarkan hasil tani.

“Produk pertanian itu boleh dipasarkan di pasar tani, premis peruncitan FAMA dan program Jualan Agro Madani yang diadakan di seluruh negara.

“FAMA sentiasa membantu usahawan memerlukan tanpa mengira musim banjir atau musim panas,” katanya selepas menyerahkan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran Usahawan Terengganu di sini hari ini.

Seramai 12 usahawan Terengganu menerima bantuan peralatan sokongan pemasaran bernilai RM202,250.

Abdul Rashid berkata, bantuan itu merangkumi geran Agropreneur Muda, signature produk Terengganu, bantuan peralatan sokongan pemasaran serta insentif peralatan bagi program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran.

Tambah beliau, FAMA sentiasa proaktif cuba menyelesaikan setiap masalah dibangkitkan usahawan tani.

“Apa sahaja masalah kita cari punca dan solusi. Setakat ini, kita sudah selesaikan banyak isu-isu dibangkitkan usahawan tani termasuk di media sosial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI