fbpx

UMW Grantt sasar jualan minyak pelincir 60 juta liter setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anas Nasrun (depan) ketika ditemui pada program tersebut. Foto oleh Saddam Yusoff/KOSMO!

SHAH ALAM – UMW Grantt International Sdn. Bhd, pengeluar dan pengedar minyak pelincir Grantt yang juga anak syarikat Kumpulan UMW menyasarkan pengeluaran 60 juta liter setahun dalam memenuhi pasaran di Asia Tenggara termasuk negara ini.

Pengarah Kumpulan Pembuatan dan Kejuteraan UMW, Anas Nasrun Mohd. Osman berkata, sasaran disandarkan menerusi pengoperasian kilang baharu di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Jun ini.

“Ini bererti, sebulan kami mampu mengeluarkan dan memasarkan lima juta liter minyak pelincir daripada motosikal hingga jentera berat termasuk sistem hidraulik.

“Kami optimis minyak pelincir Grantt akan menjadi produk utama pilihan orang ramai bukan sahaja di negara ini malah Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta program Cartell GymKhana di pekarangan Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ini merupakan tahun ketiga program usaha sama UMW Grantt International Sdn. Bhd. dan Carlist.my yang menghimpunkan 32 peserta seluruh negara dan Singapura.

Sehubungan itu, Anas Nasrun turut akan memfokuskan kepada keberadaan mereka dalam pasaran di negara seperti Myanmar, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Filipina selain China.

Beliau menjelaskan, minyak pelincir Grantt merupakan produk tempatan yang terbukti kemampuan dan persijilannya termasuk pengiktirafan ISO 9001:2008 selain telah diuji untuk mematuhi standard piawaian API-SN dan ACEA A3/B4 yang ketat.

Rangkaian produk GRANTT adalah termasuk daripada minyak enjin untuk motosikal (MCO) yang dikenali sebagai Quadra, minyak enjin kereta (PCMO) dipanggil Stellar, diesel (DEO) dipanggil Quasar, bendalir transmisi (ATF) dan minyak bagi kegunaan industri.

“Kami yakin para pelanggan akan terus menggunakan minyak pelincir GRANTT untuk memastikan kenderaan mereka lebih lancar.

“Harga perliter bagi rangkaian produk daripada motosikal sehingga industri serendah RM10 hingga RM60,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI