fbpx

Remaja naik rakit hanyut di laut selama 8 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Levi diselamatkan dua nelayan selepas hanyut di lautan selama 8 jam. - DEFRIATNO NEKE

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diselamatkan nelayan tempatan selepas hanyut selama 8 jam di perairan Pulau Kadatua, Indonesia, lapor laman berita Kompas semalam.

Apabila dibantu nelayan tempatan, mangsa yang bernama Levi berada dalam keadaan lemah dan terus pengsan.

“Mangsa tidak jatuh daripada  kapal seperti khabar angin, tetapi dia menaiki rakit dari Kadatua ke Baubau. Tidak lama selepas itu dia hanyut,” kata Ketua Polis Baubau, Yudhi Widoa semalam.

Menurut Yaudhi, remaja itu ditemui pada Rabu lalu sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan).

Ketika kejadian, dua nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan Kadatua terdengar suara meminta tolong menghampiri bot mereka.

“Mereka segera membantu mangsa naik ke atas bot. Mangsa ditemui hanya memakai seluar dalam dan keletihan sebelum tidak sedarkan diri,” kata Yudhi.

“Mangsa menaiki rakit menuju ke Baubau, tetapi jaket keselamatan dan kayu digunakannya untuk mengayuh rakit musnah. Mangsa hanyut di laut sekitar perairan Daerah Kadatua selama 8 jam,” kata Yudhi.

Dua nelayan itu kemudian membawa mangsa ke darat dan tiba di pantai Pantai Lakeba sebelum menghubungi polis.

Polis kemudiannya membawa mangsa ke hospital besar Bandar Baubau untuk rawatan.

Tambahnya, mangsa ketika ini dalam keadaan stabil dan sudah keluar dari hospital. Levi kini berada di rumah keluarganya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI