fbpx

Pesara polis maut, kereta diseret trak pikap semasa buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa tersepit di dalam kereta selepas dirempuh sebuah trak pikap di Jalan Kota Bharu-Terengganu dekat Melor, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN PENDUDUK

KOTA BHARU – Seorang pesara polis maut apabila kereta yang dipandunya diseret kira-kira 30 meter selepas dirempuh sebuah trak pikap semasa pusingan U di Jalan Kota Bharu-Terengganu dekat Melor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pikul 10 pagi itu, mangsa, Che Mohd. Noor Awang, 63, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Perodua Viva sedang dalam perjalanan dari arah Melor ke Kubang Kerian.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai membuat pusingan U. Akibat jarak terlalu dekat, sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max dipandu seorang remaja berusia 18 tahun tidak sempat mengelak kereta merempuh kereta terbabit.

“Kejadian itu menyebabkan kereta mangsa diseret sejauh 30 meter. Warga emas itu yang tersepit dan tidak sedarkan diri di dalam keretanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pemandu trak pikap itu bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI