fbpx

Penang gagal jinakkan Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPAH Sherman (jersi kuning) muncul wira Sri Pahang untuk tewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. - FB SRI PAHANG

KUANTAN – Sri Pahang terus kebal untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Kpah Sherman sudah memadai untuk memastikan tiga mata penuh buat Tok Gajah dan kejayaan ini menyaksikan skuad kendalian legenda Singapura, Fandi Ahmad itu melonjak ke tangga kedua buat seketika.

Kedudukan itu mungkin akan kekal jika Selangor gagal raih kemenangan pada pertemuan dengan Perak di Stadium Perak, malam ini.

Sepanjang babak pertama, kedua-dua pasukan memiliki peluang agak seimbang namun kedua-dua penjaga gol, Azfar Arif Mohd Sukri (Penang) dan Zarif Irfan Hashimuddin (Sri Pahang) bertindak cemerlang.

Selepas buntu di babak pertama, Tok Gajah menyambung aksi dengan langkah kanan apabila dihadiahkan sepakan penalti dan kesempatan pada minit ke-49 itu disempurnakan dengan baik oleh Sherman.

Selepas itu, pelawat langsung tidak menunjukkan putus asa namun peluang dicipta gagal disudahkan dengan jaringan sekaligus memastikan mata ke 25 buat Sri Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI