fbpx

Pemandu perlu beradab, santuni penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan beradab

PETALING JAYA- Seorang pemuda meluahkan rasa kesal ketika menceritakan pengalamannya mendepani segelintir sikap pekerja di stesen bas yang melayani penumpang secara tidak beradab.

Menerusi perkongsian pengalamannya di Facebook Hanafi Azizi berpandangan segelintir pemandu bas yang agak berumur terlihat kurang beradab ketika melayani penumpang bas.

“Saya perhati majoriti pemandu bas dan pekerja syarikat bas di stesen yang berumur antara 40 tahun hingga 60 tahun kerap meninggikan suara dan memperlekeh penumpang.

“Mereka menampakkan wajah yang seolah-olah tidak mahu diganggu kepada penumpang, walhal penumpang sering bertanya dalam keadaan yang sopan dan melontarkan soalan yang mereka tidak tahu,” ceritanya.

Apa yang lebih mengejutkan pemuda itu, soalan yang diberi sopan dibalas dengan jawapan atau balasan yang kasar dan menjengkelkan.

“Soalan-soalan itu dijawab oleh pemandu bas dengan nada yang kasar. Kalau jawapan itu kurang jelas, seharusnya yang bertanya diminta ulang semula dengan baik kerana bunyi enjin bas mengganggu.

“Apabila suasana ini terjadi, maka bertambah-tambah ayat kasar dan perlian,” ucapnya.

Tambahan pula, sifat sebegitu sangat tidak patut kerana ia mencerminkan maruah diri. Malu jika ditonjolkan kerana Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

“Bukan sahaja penumpang Melayu, ia melibatkan pelbagai kaum. Bahkan mak cik Cina dan India juga pernah diherdik di hadapan saya. Sikap ini amat memalukan,” katanya.

Menurutnya lagi, sikap tidak berhati perut segelintir pemandu bas boleh dilihat ketika para penumpang berada di luar bas.

“Apa salahnya kalau nampak penumpang di luar, buka pintu dan jemput mereka masuk kemudian tutup pintu semula.

“Bahkan kali terakhir saya menaiki bas, saya duduk hampir dengan pintu bas. Ketika itu pintu tidak dibuka. Jadi terpaksa menunggu kerana segan dicop tidak sabar oleh pemandu itu.

“Tiba-tiba pemandu itu gerakkan bas ke belakang dan saya pun bangun menahan bas itu daripada berjalan.

“Di dalam hati saya kenapa memualkan betul ya perangai mereka ini,” katanya menahan sabar.

Pemilik berharap, setiap pekerja di stesen bas mestilah bersikap lebih prihatin dan beradab ketika menyantuni penumpang dan pelanggan yang berurusan.

“Saya tidak minta banyak, cukup lah pekerja-pekerja di syarikat bas ini bila ditanya dengan elok, jawablah dengan sopan dan baik. Janganlah membentak-bentak. Lebih baik merendahkan diri meminta maaf jika melakukan kekhilafan. Ini tidak, sudah buat salah, buat muka pula seolah-olah penumpang yang sedang menunggu dan bertanya itu pula yang salah,” nasihatnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI