fbpx

Pemandu kritikal, van hilang kawalan sebelum terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van membawa barangan runcit yang terlibat dalam kemalangan di KM 337.1, LPT 2 berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pemandu van kritikal manakala rakan sekerjanya pula cedera selepas van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 337.1 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Paka di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Syahmi Waffi Razak, 27, dilaporkan kritikal akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.

Rakan sekerjanya, Qusairy Hamidie Mohd Shukri, 27, pula mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan runcit ke Kerteh, Kemaman dari
Kota Bharu, Kelantan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, van jenis Toyota Hiace dipandu Muhammad Syahmi Waffi dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan van terbabit terbalik dan menyebabkan kedua-kedua mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, mereka telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebaik berjaya dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk oleh anggota bomba.

Ujarnya, Muhammad Syahmi Waffi kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI