fbpx

MotoGP: Ducati enggan lepaskan Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN dikaitkan dengan perpindahan ke Yamaha menggantikan Franco Morbidelli yang gagal memberikan saingan. – AFP

BOLOGNA – Pengarah Sukan Ducati Corse, Paolo Ciabatti seolah-olah melancarkan ‘perang’ terhadap Yamaha apabila meng­anggap jentera pasukan Monster Energy Yamaha tidak mampu memenangi kejuaraan.

Kenyataan itu dibuat Ciabatti selepas timbul spekulasi yang mengaitkan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin dengan pa­sukan Yamaha bagi menghadapi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2024.

Justeru, beliau yakin pelumba Sepanyol itu akan terus bersama Pramac Racing pada saingan musim depan kerana percaya hanya Ducati memiliki jentera yang mampu mencabar kejua­raan setakat ini.

“Sudah tentu dia (Martin) ada beberapa pilihan dalam kontrak, namun kami mahu dia kekal bersama Ducati. Dia adalah salah seorang pelumba yang terpantas, buat masa sekarang Yamaha tidak ada jentera yang mampu memenangi kejuaraan.

“Saya minta maaf kerana berkata sedemikian kerana itulah hakikatnya buat masa sekarang. Kami tidak tahu apa akan berlaku tahun depan, tetapi saya yakin Martin kekal kerana dia mahu menang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kontrak pelumba-pelumba Ducati, namun berdasarkan perjanjian semasa, mereka mungkin boleh mengekalkan Martin, Johann Zarco, Francesco Bagnaia dan Enea Bastianini bersama pasukan itu.

“Secara jujur, bukan kami yang buat keputusan mengenai masa depan pelumba. Kami hanya boleh bercakap mengenai kontrak Martin, Zarco, Bagnaia dan Bastianini sahaja kerana pelumba-pelumba Gresini dan VR46 ada kontrak dengan pasukan masing-masing,” ujar Ciabatti.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI