fbpx

Menu Rahmah: Tidak dingin, masih terima sambutan – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin menurunkan tanda tangan pada majlis pelancaran Insiatif Payung Rahmah Bersama MOG Eyewear, di pusat beli belah Johor Bahru City Square, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih diterima baik masyarakat walaupun selepas beberapa bulan dilancarkan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menafikan dakwaan inisiatif diperkenal Kerajaan Perpaduan sejak Januari lalu itu sudah ‘dingin’ dan kurang mendapat sambutan ramai.

Sebaliknya beliau berkata, inisiatif itu telah semakin berkembang apabila semakin banyak syarikat terlibat dalam menyokong dan menjayakannya.

“Pihak industri seperti pasar raya dan sebagainya kita lihat apabila mereka sudah menyertai inisiatif Menu Rahmah ini, mereka tidak maklumkan hendak keluar setakat ini.

“Saya juga telah turun padang dan dapati inisiatif ini bukan sahaja masih ditunjangi pemain industri, malah terus bertambah lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Insiatif Payung Rahmah Bersama MOG Eyewear, di pusat beli belah Johor Bahru City Square, di sini hari ini.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai itu turut memberitahu, inisiatif Menu Rahmah terus diperluas dengan penyertaan baharu seperti platform atas talian, Foodpanda.

“Selain itu, beberapa syarikat penyedia makanan segera juga telah menyatakan komitmen untuk turut serta iaitu KFC, PizzaHut dan Secret Recipe,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI