fbpx

Ingat, sedarkan saya kalau lupa diri – Mierul Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIERUL AIMAN

MULA membina nama sebagai seorang pelakon berkaliber, bintang siri televisyen Projek: High Council, Mierul Aiman mohon sentiasa diberi peringatan andai terlalu mendongak tinggi ke langit.

Mierul, 25, berkata, dia tidak mahu disebabkan populariti, dia hanyut lupa akan tanggungjawab sebenar sebagai pelaku seni.

Kata pemilik nama lengkap Mohammad Amirul Aiman Norazman itu, dia bersyukur dengan rezeki dikurniakan kelompok peminat yang senantiasa memberi dukungan biarpun ada ketikanya, dirinya tersepak duri sensasi.

HIBGLAM: Mierul, bagaimana anda melihat graf karier sebagai seorang pelaku seni sekarang?
MIERUL AIMAN: Saya budak baru belajar. Saya baru setahun jagung. Saya sentiasa ingatkan diri yang tujuan saya masuk industri ini adalah nak dapatkan kepercayaan daripada semua orang.

Bagaimana anda nak dapatkan kepercayaan daripada semua orang?
Saya tahu yang saya takkan pernah mampu memuaskan hati semua orang. Saya buat apa yang termampu, dapatkan kepercayaan daripada pengarah, penerbit, rakan-rakan media dan para peminat dengan menghadirkan produk-produk berkualiti.

Mierul sentiasa ingat pesanan orang tua agar memberikan contoh atau teladan yang baik buat masyarakat terutama golongan muda-mudi. – FAIZ ALIF AHMAD.

Saya percaya kalau dapat kepercayaan daripada ramai pihak, akan dipermudahkan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan. Saya juga percaya, dalam perjalanan menuju destinasi yang dijadikan matlamat, semua itu memerlukan kerja keras, memakan masa dan proses yang panjang.

Dalam pada menuju kejayaan demi kejayaan, akan ada sepak terajang yang kadang-kadang membuat kita lemah atau lupa diri, apa komen anda?
Betul. Saya banyak lagi kelemahan dalam hidup termasuk dari sudut seorang pelakon. Saya sentiasa berdoa kalau lupa diri, tolong ingatkan. Saya tak mahu tersasar daripada landasan yang sebenar. Dunia seni ini adalah satu industri yang sangat berbahaya dan memenatkan. Terutama pada zaman media sosial sekarang yang mudah membuatkan kita alpa atau lalai. Jadi, kalau saya terlalu mendabik dada, tepuk pipi saya dan sedarkanlah saya daripada mimpi.

Mierul sangat mementingkan disiplin dalam apa setiap pekerjaan dilakukannya termasuk kerjaya sebagai seorang pelaku seni. – FAIZ ALIF AHMAD.

Populariti yang dikecapi anda sekarang berlaku terlalu pantas, tidakkah pernah terbit rasa takut atau bimbang dengan situasi sekarang?
Saya sangat berterima kasih dengan Projek: High Council. Saya juga sentiasa tanamkan dalam diri supaya sedar bahawa setiap wajah yang saya jumpa, fasa yang saya alami, semua itu adalah proses pembelajaran. Saya perlu lahirkan rasa apresiasi buat setiap momen yang Allah SWT kurniakan buat saya.

Kejutan budaya atau culture shock adalah satu terma yang sangat dikhuatiri wajah-wajah baharu. Bagaimana anda berdepan dengan senario tersebut sekiranya itu berlaku sekarang?
Bukan sebagai seorang pelakon tapi sebagai seorang manusia, orang selalu cakap, ikut resmi padi, makin menunduk, makin berisi. Saya pegang ingatan itu sampai sekarang. Saya dididik abah dan mama sangat bagus. Instrumen saya untuk hidup adalah berpaksikan orang tua saya.

Abah ‘produce’ (jadikan saya) sebagai seorang pemimpin sementelah mama pula, selalu ingatkan saya untuk jadi penyayang. Kedua-dua elemen iaitu kepimpinan dan kasih sayang adalah rukun yang sangat penting buat saya. Kalau saya sentiasa pegang sebagai seorang artis, sebagai seorang pekerja dalam industri, insya-Allah, kita akan hidup sempoi dan terus membumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI