fbpx

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir seluruh kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak diramal mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sehingga lewat petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat di Kedah adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Keadaan sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan juga Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan).

“Selangor pula melibatkan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” kata MetMalaysia.

Tambah laporan itu lagi, cuaca buruk yang diramal berlaku petang ini turut melibatkan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Bagi tinjauan cuaca di Sarawak, hujan lebat serta ribut petir dilihat berpotensi berlaku di Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya dan Limbang.

“Keadaan sama turut diramal di Sabah merangkumi sekitar Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan dan Kudat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI