fbpx

Fizo Omar timang anak perempuan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO juga teruja apabila berpeluang menyambut sendiri kelahiran anak ketiganya itu semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Fizo omar berkongsi berita gembira selepas isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, petang semalam.

Malah, pelakon berusia 38 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan dan proses bersalin berjalan dengan lancar.

“Isteri saya Fazeera telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.57 petang.

“Syukur ya Allah SWT, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di bilik bersalin untuk melahirkan secara normal,” katanya.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon asal Kota Bharu, Kelantan itu turut meluahkan rasa teruja kerana berpeluang menyaksikan sendiri proses bersalin dan menyambut anak ketiganya itu.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar daripada rahim ibunya.

“Terima kasih buat seluruh warga hospital di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” tulisnya.

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan anak perempuan, Wan Khaleeda pada Jun tahun lalu.

Fizo sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN