fbpx

Everest: Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Askandar

PUTRAJAYA – Wisma Putra menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menghulurkan bantuan yang sewajarnya bagi membawa turun ienazah peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Wisma Putra berkata, jenazah dijangka akan di bawa ke hospital di Kathmandu bagi tujuan bedah siasat dan pengurusan jenazah.

“Kami ingin mengesahkan bahawa Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah telah meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika misi menakluk puncak Everest,” katanya di sini hari ini

Dalam pada itu, Wisma Putra juga mengesahkan kehilangan seorang lagi pendaki ME2023, Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang sejak semalam.

“Muhammad Hawari yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan telah bergerak turun selepas itu namun, masih belum dapat dikesan sehingga kini.

“Wakil Kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang sedang giat menjalankan usaha pencarian mangsa di sekitar kawasan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI