fbpx

EPL: Tugas Newcastle belum berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE terus mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas selepas mencatat kemenangan ke atas Brighton awal pagi semalam. – AFP

NEWCASTLE – Peluang Newcastle United untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan dilihat semakin cerah selepas menewaskan Brighton 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan The Magpies di tempat ketiga dengan kelebihan tiga mata ke atas Manchester United di tangga keempat dan empat mata mengatasi Liverpool yang mengintai peluang untuk menembusi kelompok empat teratas.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe amat berpuas hati kerana kembali ke landasan kemenangan selepas gagal melakukannya dalam dua perlawanan terakhir, tewas 0-2 kepada Arsenal dan seri 2-2 dengan Leeds United.

“Pemain begitu luar biasa malam ini (awal pagi semalam). Mereka bermain dengan sangat baik dan menguasai perlawanan ini sehingga terhasilnya empat gol.

“Ini adalah tiga mata yang cukup berharga dalam misi kami untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan. Namun, kami tidak boleh leka ke­rana masih ada dua perlawanan terakhir,” katanya.

Newcastle meraih empat gol menerusi jaringan sendiri Denis Undaz, Dan Burn, Callum Wilson dan Bruno Guimaraes dan Undaz menebus kesilapannya apabila meledak gol sagu hati buat Brighton.

Bagaimanapun, Howe masih belum menganggap tugas pasukan itu untuk memburu slot Liga Juara-Juara sudah berakhir kerana percaya Liverpool dan Manchester United bakal meraih tempat berkenaan jika mereka tewas dalam dua perlawanan terakhir.

Newcastle bakal berdepan Leicester di St. James Park dan perlu berdepan Chelsea pada perlawanan terakhir di Stamford Bridge. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI