PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda Johor, Sarawak serta Sabah pada petang ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook sebentar tadi memaklumkan, antara kawasan yang terlibat adalah di Johor iaitu Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.
Sementara itu, cuaca buruk ini turut berisiko berlaku sekitar Limbang, Sarawak.
Tambah MetMalaysia, di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat.
Jelas MetMalaysia lagi, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE