fbpx

[VIDEO] Budak perempuan merajuk tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan gelagat kanak-kanak perempuan tersebut memuncungkan mulut ketika disakat bapanya.

PETALING JAYA- Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang memuncungkan mulutnya kerana merajuk dengan bapanya menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi video klip dimuat naik oleh bapa kanak-kanak tersebut di TikTok @Daddy Anak 2 itu memaparkan kanak-kanak tersebut memuncungkan mulutnya selepas disakat oleh bapanya sendiri.

“Umur baru setahun jagung dah pandai muncung, aduh pening lah. Oh begitu ya bila ada anak perempuan, bila kita hendak pujuk dia pura-pura tak mahu pandang.

“Tidak apa, semua taktik yang ni ‘daddy’ dah hafal sebelum kau lahir,” selorohnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu kerana terlihat comel.

“Alolo comel muncung, ni mesti ikut ‘mummy’ dia ni,” kata Leeya.

“Baru permulaan tu, belum bersekongkol dengan emaknya lagi,” seloroh Hawa.

“Comelnya kau muncung macam tu dik, tak apa, praktis awal dik, nanti tak kalut,” sampuk Faizah.

“Kecil-kecil dah pandai hiburkan orang,” komen Aten.

Video itu meraih 730,300 tontonan, 87,700 kesukaan dan 15,200 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@sukatukang Umur baru setahun jagung dah pandai nak muncung, adoi pening la 😂 #fypシ #nofyp #anakdaddy #daddysgirl ♬ angin kencang × oh begituu – raa always alone

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI