fbpx

[VIDEO] Anak sulung A. Aida, Ameng kini tunangan juruterbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Anak kepada penerbit Datuk A. Aida dan bekas suami, Ameng iaitu Wan Az Aleesa Wan Aminuddin selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz di pusat perangingan, D’Manggis Janda Baik.

Sedondon dengan persalinan berona putih, pertunangan Aleesa dan Zain Azrai membuatkan A. Aida dan Ameng sebak kerana anak sulung mereka itu akan ‘dilepaskan’ dan bakal menuju jenjang pelamin tidak lama lagi.

Kata Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, dia memberi restu buat bakal menantunya l untuk bertunang dengan anak sulungnya kerana lelaki itu seimbang dunia dan akhirat.

“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik dan seimbang dunia akhirat.

“Seimbang dunia akhirat sebab benda pertama yang saya soal atau tanya dia adalah sama ada dia mampu baca surah al-Fatihah dengan sempurna.

“Alhamdulilllah, daripada segi agama memang dia tidak mempunyai masalah langsung. Saya memang ‘berkenan’ dan tahu dia mampu menjaga anak saya dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Ameng, 55, berkata, dia tidak menyangka Aleesa ingin bergerak ke fasa menjadi seorang isteri sebelum mencecah usia 30 tahun dan secepat ini.

Saya tak sangka dia ingin berkahwin secepat ini. Sebab dia jenis terlalu obses belajar. Saya ingatkan dia tiada masa bercinta.

“Saya ingatkan dia tidak mahu berkahwin disebabkan pengalaman yang terjadi antara saya dengan ibunya sebelum ini,” ujar Ameng.

Melihat puteri sulung bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi, air mata A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang gugur kerana anaknya kini menuju fasa seterusnya dalam kehidupan.

“Kita sudah jaga dia dari kecil. Tiba-tiba, dia akan dilepaskan menjadi milik orang.

“Selama ini, dia pergi mana kita akan ambil tahu. Sekarang (tidak lama lagi), dia akan jadi milik orang sepenuhnya.

“Nanti, dia sudah tidak tinggal dengan saya (akan ikut suami). Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan, tapi ini semua adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Untuk kebaikan dia juga,” ujar A. Aida.

Majlis pertunangan Aleesa dan Zain Azrai yang masing-masing berusia 27 tahun dihadiri keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak.

Dianggarkan, lebih kurang 200 tetamu menghadiri majlis pertunangan yang diadakan di pusat peranginan mewah dimiliki A. Aida, 53.

Aleesa dan Zain bakal disatukan sebagai suami isteri pada 15 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI