fbpx

14 peminat Coldplay kena tipu, beli tiket konsert harga RM9,115

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zainul Arifin (tengah) mewakili 14 mangsa penipuan pembelian tiket konsert Coldplay membuat laporan di pejabat polis Jakarta semalam - Foto Tribunnews.com

JAKARTA – Seramai 14 mangsa penipuan penjualan tiket konsert kumpulan rock popular, Coldplay membuat laporan polis selepas mengalami kerugian berjuta-juta rupiah, lapor portal berita detikjatim semalam.

Peguam Muhammad Zainul Arifin berkata, anak-anak guamnya rugi sehingga 30 juta rupiah (RM9,115). 

Katanya seperti dilaporkan portal detikjateng, penipuan berlaku menerusi laman Twitter, Instagram dan Telegram. Mangsa serta pelaku terlibat dalam komunikasi menerusi media sosial tersebut.

Mangsa-mangsa diminta untuk membuat pembayaran dan selepas bukti pemindahan wang dihantar, pelaku menyekat panggilan telefon daripada mereka.

“Salah seorang mangsa terjebak melalui  Twitter. Dia melakukan pemindahan wang sebanyak 9 juta rupiah (RM2,734)  tetapi tidak mendapat tiket yang dijanjikan.  Dia kemudian menghubungi pelaku dan ternyata (nombor telefonnya) sudah disekat,” kata Muhammad Zainul.

Sebelum ini, seorang pegawai kanan polis, Adi Vivid menyatakan,  pihaknya terbuka menerima laporan daripada mangsa-mangsa penipuan pembelian tiket konsert Coldplay.

Konsert kumpulan dari Britain itu akan diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta pada 15 November 2023. Harga tiket dijual bermula  800,000 rupiah (RM243) hingga 11 juta rupiah (RM3,342) tetapi semua tiket konsert tersebut  sudah habis dijual. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI