fbpx

Zahid terima kunjungan hormat MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menerima kunjungan Menteri Besar Johor semalam.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid hamidi menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, turut bersama Menteri Besar Johor dalam kunjungan hormat berkenaan barisan exco-exco kerajaan negeri.

“Alhamdulillah banyak yang kami bincangkan dan perhalusi terutama isu-isu melibatkan penyelarasan kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Semoga pertemuan ini dapat memberikan kelebihan untuk rakyat Johor keseluruhannya dan memangkin kemajuan negeri dalam mencapai status negeri maju 2030. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Onn Hafiz pada November tahun lalu pernah menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor ketika itu dipetik berkata, BN dan UMNO perlu berani membuat perubahan ke arah kebaikan dan demi masa depan parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI