fbpx

Tukar nama Facebook, suami mengaku duda pikat wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang isteri mendedahkan taktik penipuan suaminya yang kerap menukar nama Facebook selain mengaku duda semata-mata untuk berkenalan dengan wanita lain.

Menerusi perkongsian Azizah Mohamad di Kumpulan Facebook, Kelab Cari Jodoh Islam semalam, dia meminta orang ramai terutamanya golongan wanita untuk berhati-hati sekiranya diganggu suaminya.

“Assalamualaikum semua. Maaf ya saya di sini bukan untuk berkenalan dengan sesiapa, tetapi ingin maklumkan pada ahli dalam ini agar jangan tertipu dan mudah percaya.

“Ini masih suami saya dan saya sudah penat sebenarnya nak ambil tahu tahu tapi kadang-kadang saya kena ambil tahu juga.

“Dia simpan telefon bimbit lain dekat pejabat, jadi perempuan lain dalam ini, janda-janda ini fikir-fikir la. Dah banyak kali dia tukar nama Facebook sebab rahsia dia bocor,” katanya sambil berkongsi wajah si suami tersebut.

Katanya lagi, suaminya turut menyekat akaunnya di Facebook agar tidak dapat melihat sebarang perkembangan atau status lelaki tersebut.

“Saya pun disekatnya di Facebook, stres betul,” luahnya dengan geram.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang menghentam sikap lelaki tersebut kerana sanggup mempermainkan isterinya dan wanita lain.

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan hubungan mereka dan dikatakan sudah jatuh talak.

“Bukan kalau lelaki itu mengaku dia bujang, duda secara jelas, akan jatuh talak. Nasihat saya, puan rujuk dengan pakar berkaitan,” pesan Ain.

“Tak guna hidup lelaki begini, gatal nak berbini ramai puk xperlu nk menipu duda,” tegur seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI