fbpx

Tiga kritikal kereta rempuh gerai nasi lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi sebuah kereta terbabas lalu merempuh gerai nasi lemak serta kenderaan lain menyebabkan tiga kritikal dan eman cedera di Jalan Hospital, Jitra, Kedah pada pagi ini.

JITRA – Tiga kritikal sementara enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuh sebuah gerai nasi lemak di Jalan Hospital dekat Taman Suria, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian yang berlaku pada pukul 8.25 pagi itu turut melibatkan tiga buah kereta lain dan enam motosikal.

“Siasatan awal mendapati salah sebuah kereta terlibat terbabas dan melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh orang ramai yang beratur untuk membeli nasi lemak di gerai berkenaan.

“Seramai sembilan cedera dengan tiga daripada mereka kritikal yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut termasuk mengambil keterangan saksi di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI