fbpx

Suhu Madinah, Makkah cecah 40 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto AFP

MADINAH – Jemaah haji dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di bawah terik matahari dan bersiap sedia dari segi mental dan fizikal ekoran suhu panas hingga mencecah 40 darjah Celsius pada waktu siang yang melanda Tanah Suci ketika ini.

Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, suhu pada waktu malam pula mencapai 26 darjah Celsius dan jemaah perlu meminum air yang banyak, memakai pakaian yang longgar dan merujuk kepada petugas kesihatan untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Katanya, ia berbeza pada tahun lalu di mana suhu di Madinah dan Makkah mencecah sehingga 50 darjah Celsius.

“Kita semua maklum cuaca di Arab Saudi ialah panas dan kering berbeza di Malaysia iaitu panas dan lembap.

“Sehubungan itu, mereka disaran supaya bersiap sedia daripada mental dan fizikal supaya dapat menjalani semua rukun haji,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI