fbpx

Speaker DUN Kedah dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juhari.

ALOR SETAR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, dekat sini dipercayai akibat diserang penyakit jantung, pagi tadi.

Adik iparnya, Mohd. Fuad Abdullah berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat itu dikejarkan ke hospital kira-kira pukul 4 pagi tadi oleh anaknya setelah sesak nafas.

“Setakat pukul 10 pagi ini, kami masih menanti keputusan daripada pihak doktor. Jika beliau boleh bernafas dengan baik, beliau akan dibawa ke Alor Setar untuk rawatan lanjut.

“Ketika ini kami masih menunggu tetapi difahamkan, beliau memang akan dibawa ke Alor Setar selepas ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, sejak pagi tadi, tersebar di aplikasi WhatsApp mengenai keadaan Juhari yang dibawa ke Bahagian Kecemasan HSM.

Juhari yang dilantik sebagai Speaker DUN Kedah sejak 25 Ogos 2020 terkenal dengan karakter tenang dan bersahaja setiap kali mengendalikan sesi DUN, sekali gus mengendurkan ketegangan yang timbul antara ADUN pembangkang dan kerajaan.

Mengulas lanjut Mohd. Fuad berkata, minggu lalu Juhari turut dimasukkan ke HSM selama empat hari akibat masalah jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI