fbpx

Sekuriti makanan, Tasik Bukit Merah dibawa ke Sidang DUN Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (dua kanan) menyampaikan kotak bantuan makanan kepada salah seorang daripada 72 penerima di Pusat Khidmat Dun Gunung Semanggol hari ini.

BAGAN SERAI – Keselamatan sekuriti bekalan makanan dan mendalamkan kawasan tadahan air di Tasik Kolam Bukit Merah merupakan antara dua usul yang akan dibawa oleh ketua pembangkang Perak, Razman Zakaria pada Mesyuarat Sidang Dun Perak yang akan berlansung selama lima hari bermula Isnin hadapan.

Menurut Razman, selain dari usul-usul yang dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohammad dalam memperbahaskan Enakmen Hotel Perak 2023 dan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan )2023, beliau juga akan turut membawa dua usul tersebut untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

“Sebagai mantan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan sekuriti bekalan makanan, sudah tentu usul memastikan sekuriti bekalan makanan untuk rakyat turut dibawa dalam sidang Dun kali ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan 72 kotak makanan kepada penerima dikawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Gunung Semanggol di Pusat Khidmat Dun Gunung Semanggol disini hari ini.

Menurutnya, dua usul itu amat penting untuk turut dibahaskan agar ada tindakan dari kerajaan negeri bagi memastikan bekalan makanan untuk rakyat sentiasa mencukupi disamping mengelakkan kenaikan harga.

“Kita juga akan meminta agar kerajaan negeri bertindak untuk mendalamkan kawasan tadahan air di Bukit Merah disamping meneruskan projek pembinaan terowong air dari Sungai Perak ke kolam tadahan itu.

“Ia amat penting kerana kawasan tadahan itu bukan hanya digunakan sebagai pengairan utama untuk para pesawah di Kerian malahan turut digunakan untuk bekalan air minum dan juga untuk penggunaan kawasan industri -industri di Taiping,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI