fbpx

‘Rancakkan lagi pembangunan industri seni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali untuk edisi ke-35 dengan mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni.

Menghangatkan pentas dunia hiburan, anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali dengan edisi ke-35 dengan mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni.

Membawa perubahan selaras minat dan aspirasi Gen Z yang menjadi kelompok sasaran utama, ABP memberi pengiktirafan kepada para selebriti meningkatkan potensi diri serta berkongsi bakat dan nilai positif dalam menggapai kegemilangan.

Pengarah ABPBH35, Shamshul Azree Samshir berkata, ABP mengiktiraf sumbangan insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular, sesuai dengan fasa peralihan endemik Covid-19.

“Selepas penggiat industri kreatif melalui detik sukar sejak penularan pandemik yang menyaksikan sebahagian besar daripada anak seni hilang sumber pencarian, kira-kira tiga tahun lalu, penganjuran ABP diharap dapat merancakkan lagi pembangunan industri seni.

“Kami berbesar hati memberi mandat kepada peminat yang selama ini cukup setia memberi sokongan kepada artis, selebriti dan pengkarya seni, untuk memilih bintang pujaan masing-masing dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

“Sokongan tidak berbelah bahagi peminat kepada pembangunan industri seni menjadi nadi penggerak dan talian hayat untuk sektor kreatif terus berkembang, termasuk pengkarya dan sumber tenaga lain lain yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam landskap seni kreatif tempatan.

Ukur kecemerlangan – Shamsul 

Malah, Shamsul menegaskan, ABP sudah menjadi acara sinonim dalam mengukur kecemerlangan artis dan penggiat seni tempatan.

Ini membolehkan pengiktirafan selayaknya diberi kepada anak seni yang bukan sahaja berbakat, malah mempunyai visi untuk membawa karya dan kepakaran mereka lebih jauh dalam era digital.

Ironinya, Ekspresi Legasi Seni memberi interpretasi terhadap usaha berterusan penggiat seni dalam menghasilkan karya tanpa sempadan, namun tidak mengabaikan jati diri dan menjadikan bintang legenda serta artis ternama sumber inspirasi.

Seiring kematangannya, ABP juga membawa kelainan seperti memperkenalkan nama baharu untuk beberapa kategori dipertandingkan, sesuai dengan perubahan landskap industri kreatif dan cita rasa kelompok sasaran iaitu Gen Z.

Selain Kategori Utama, Kategori Ekstra! membolehkan peminat membuat pilihan dalam tujuh kategori popular bersifat semasa dan ‘trending’, termasuk kandungan popular platform digital.

‘Tak letak harapan tinggi’

Turut tercalon, aktres jelita Sophia AlBarakbah mengakui tidak menyangka tercalon dalam beberapa kategori memandangkan dia masih baru dalam industri.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang cuma saya target untuk memenangi BBNU Wanita Popular atau Aktres TV Popular,” ujarnya.

Senada dengan Sophia, pelakon cantik, Sharifah Rose berkata, dia tidak menyangka dan dalam masa yang sama berasa teruja apatah lagi dirinya masih dikira baru dalam radar dunia lakonan.

“Dicalonkan bersama pelakon hebat yang lain, pelakon yang memang saya look up adalah sesuatu yang membanggakan buat saya. Sebaris dengan mereka, saya sangat bersyukur,” jelasnya.

Sementara penyanyi rap meningkat naik, Bunga membuktikan kepopularan namanya apabila menembusi calon awal menerusi empat kategori.

Tahun ini, sebanyak 12 kategori Utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Turut dipertandingankan ialah Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Kategori lain termasuk tujuh kategori Ekstra! iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Video Viral Popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI