fbpx

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi menawan Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Awang (dua dari kanan) bersama tiga pendaki lain ketika berada di Kem 2 semasa misi menawan Everest, baru-baru ini. - Ihsan FB Malaysia Everest 2023

ALOR SETAR – Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dilaporkan meninggal dunia ketika dalam misi menawan Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023), hari ini.

APM Negeri Kedah menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi memaklumkan tentang pemergian Allahyarham Awang Askandar dengan perkara itu disahkan Chef De Mission misi pendakian Everest, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor.

Awang Askandar bersama tiga pendaki lain bertolak ke Nepal pada 2 April lalu dan dikatakan tiba di Kem 3 pada ketinggian 7,300 meter pada 16 Mei dan dijadualkan bergerak ke Kem 4 pada ketinggian 7,925 meter pada semalam.

Sementara itu, Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, ketika dihubungi berkata, arwah dikatakan terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan hanya 20 minit pendakian memisahkan arwah dengan puncak Everest.

Beliau berkata, arwah dilaporkan terjatuh ketika pendakian bersama seorang lagi pendaki, Muhammqd Hawari Hashim, 33, sekitar malam semalam.

“Selepas terjatuh, arwah terlebih dahulu dibawa ke Kem 4 dengan bantuan malim gunung untuk diberikan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

“Jenazah akan di bawa turun sehingga ke Kem 2 esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter dan ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Awang Askandar

Katanya, berita sedih itu sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan selepas di bawa turun jenazah akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Azim berkata, keluarga arwah juga sudah dimaklumkan dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah.

Misi ME 2023 ini adalah percubaan kedua Allahyarham selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.

Azim berkata, misi pendakian itu dipecahkan kepada dua pasukan dimana Allahyarham Awang Askandar bersama Muhammad Hawari memulakan misi pertama manakala dia dan Tiong Ling Yang, 30, kumpulan ke dua.

Menurutnya, selepas terjatuh arwah masih dalam keadaan sedar sementara Muhammad Hawari meneruskan pendakian sehingga ke puncak.

“Kami akui merasa sedih dengan kejadian itu dan misi kumpulan ke dua terpaksa ditangguhkan bagi urusan membawa keluar jenazah Awang Askandar,” katanya.

‎Sementara itu, Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berharap seluruh ahli keluarga bersabar menerima berita sedih itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI