fbpx

Nelayan turun ke laut awal, pakai kaca mata hitam elak panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA nelayan mengebas ikan tamban daripada pukat di pesisir Pantai Semerak, Pasir Puteh semalam. – TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Lebih 30 nelayan di pesisir Pantai Semerak di sini mengambil langkah berjaga-jaga semasa cuaca panas me­lampau ketika ini apabila mereka turun ke laut pada awal pagi sejak empat bulan lalu.

Seorang nelayan, Arbuzi Awang, 30, berkata, suhu di te­ngah laut ketika ini boleh mencecah 40 darjah Celsius, sekali gus menguji kudrat nelayan yang sememangnya tahan lasak dan tahan dengan cuaca panas.

Menurutnya, semua sampan nelayan kini terpaksa diubah suai dengan memasang pukat hitam penghadang cahaya bagi mengelak panas matahari.

“Sebelum ini, kami mula memukat ikan sekitar satu kilometer dari Pantai Semerak bermula pukul 8 pagi dan pulang semula ke daratan kira-kira pukul 1 ­tengah hari.

“Jadual kerja nelayan berubah sejak kebelakangan ini apabila kami turun ke laut selepas subuh dan kembali bersama tangkapan ikan pada pukul 10 atau 11.30 pagi,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! di Pantai Semerak di sini semalam.

Seorang lagi nelayan, Ismail Awang, 44, berkata, bekalan air minuman sering tidak mencukupi berbanding sebelumnya kerana dia kerap berpeluh dan cepat haus apabila berada di tengah laut.

Menurutnya, selepas turun ke laut lebih awal, kebanyakan nelayan memperoleh banyak hasil tangkapan ikan tamban ketika ini, sekali gus mencukupi permintaan daripada pengusaha ikan kering.

“Bahang panas sudah dirasai bermula pukul 10 pagi ,sekali gus menghalang keupayaan nelayan berada di tengah laut dalam tempoh lama. Kami hanya boleh memukat ikan dalam tempoh empat jam sahaja.

“Trend memukat turut berubah apabila nelayan terpaksa memakai baju lengan panjang, bertopi dan memakai kaca mata hitam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI