fbpx

Lelaki mati ditembak empat kali dekat balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terbaring kaku selepas ditembak malam tadi.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod lampau mati ditembak berhampiran balai polis Sungai Jarom di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, mangsa berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian dengan empat kesan tembakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, kejadian itu disedari anggota sukarelawan polis berusia 39 tahun yang ketika itu bertugas di sentri kawasan balai polis tersebut.

Katanya, anggota sukarelawan itu telah mendengar beberapa letupan kuat dan terus menuju ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati seorang lelaki tempatan sedang terbaring kaku di bahu jalan dalam keadaan berdarah di bahagian kepala.

“Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan unit forensik polis kontinjen Selangor menemui lima kelongsong peluru di sekitar tempat kejadian.

Malah, kata Ahmad Ridhwan, terdapat empat kesan tembakan pada bahagian kepala mangsa.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mempunyai 13 rekod lampau pelbagai kesalahan dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI