fbpx

Isu tanah rizab Melayu, MHO tampil ke JKPTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan bersama Hishammuddin menyerahkan surat permohonan ulasan daripada JKPTG di Wisma Sumber Asli, Putrajaya hari ini.- Foto KAMARIAH KHALIDI

PUTRAJAYA- Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) terus menggesa pihak berkaitan untuk memberi ulasan dan saranan mereka mengenai isu tanah rizab Melayu yang dipindah milik kepada orang bukan Melayu di Perak.

Gesaan itu dibuat selepas beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak menyerahkan surat bagi memohon ulasan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) berkenaan laporan Ketua Audit Negara 2019.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim memaklumkan, mereka hadir ke JKPTG kerana memahami fungsi jabatan berkenaan yang boleh menganalisa isu-isu melibatkan perundangan berkaitan tanah Persekutuan dan negeri.

“Sebab itu kita hadir pada hari ini supaya pihak jabatan dapat memanjangkan isu ke peringkat yang lebih tinggi misalnya Majlis Tanah Negara untuk dirunding apakah syor-syor perlu dikeluarkan bagi permasalahan rizab tanah Melaya yang telah berpindah milik kepada bukan Melayu.

“Kami turut berharap pihak jabatan dapat memberi ulasan secara bertulis untuk kita bawa isu ini dan lihat apakah solusi yang dapat dicapai untuk mengembalikan semula tanah rizab Melayu itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan JKPTG, Wisma Sumber Asli hari ini.

Pada 11 April lalu media melaporkan, MHO menggesa Ketua Audit Negara supaya memberi syor dan saranan kepada Pendaftar Pejabat Negeri Perak supaya mengembalikan tanah rizab Melayu yang dipindah milik kepada orang bukan Melayu.

Hishammuddin berkata, pihaknya berpandangan berdasarkan undang-undang sedia ada, tidak mustahil bagi tanah-tanah rizab Melayu yang dipindah milik secara salah dan berlaku kesilapan dikembalikan kepada status quo.

“Kita hadir untuk menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara supaya beliau dapat mengeluarkan satu saranan lebih konkrit kerana saranan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara pada tahun 2019 (Siri 2) berhubung dengan tanah rizab Melayu di Perak adalah tidak memadai.

“Tanah berstatus rizab Melayu itu semakin berkurangan selain dinyatakan dalam laporan tersebut selepas diaudit bahawa pengurusan tanah rizab Melayu di negeri berkenaan adalah kurang cekap dan berkesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN