fbpx

Flat kotor di Johor sudah dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (dua dari kanan) melakukan lawatan kerja projek PPAM di Taman Residensi Mesra, Gurun hari ini.

GURUN – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil tindakan berhubung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai keadaan flat kos rendah di negeri itu yang dipenuhi sampah sarap.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, tindakan membersihkan kawasan tersebut telah dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) sejak dua hari lalu.

Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar telah melakukan tinjauan ke lokasi tersebut dan mengesahkan bahawa segala kerja pembersihan di kawasan flat berkenaan sudah siap.

“Kita menjunjung kasih titah tuanku dan mengambil maklum akan teguran dan rasa kecewa yang telah dikemukakan.

“Kawasan flat tersebut telah dibersihkan, dan kita harap kebersihan di situ dapat dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Taman Residensi Mesra, di sini hari ini. semalam.

Akmal Nasrullah berkata, pihak kementerian juga mengambil berat mengenai cabaran yang terpaksa dilalui oleh syarikat konsensi yang dilantik bagi mengekalkan kebersihan di sesuatu kawasan perumahan.

“Penduduk juga perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan di kawasan perumahan mereka terjaga dengan baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI