fbpx

Empangan Mengkuang bukan empangan harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Mengkuang yang diperbesarkan adalah empangan rizab kemarau strategik di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Empangan Mengkuang yang diperbesarkan (EMD) adalah empangan rizab kemarau strategik yang menyokong Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan bukannya empangan harian seperti di Air Itam atau empangan Teluk Bahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmanathan berkata, PBAPP tidak melepaskan air mentah daripada EMD apabila terdapat air yang mencukupi untuk diabstrak dari Sungai Muda untuk menyokong 100 peratus pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua.

”Dalam keadaan kemarau atau kecemasan, PBAPP hanya boleh mengeluarkan 300 juta liter sehari (JLH) dari empangan Mengkuang yang diperbesarkan untuk kegunaan, hanya di LRA Sungai Dua.

”Selain LRA Sungai Dua, air mentah di EMD tidak boleh dipam atau dibekalkan ke mana-mana LRA atau empangan lain di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang disiarkan akhbar bahasa Mandarin berkata, empangan Mengkuang boleh menyimpan sebanyak 86.4 bilion liter air manakala empangan Air Itam hanya boleh menyimpan 2.16 bilion air.

Mengambil kira kapasiti kedua-dua empangan tersebut, Guan Eng dilaporkan menyatakan bahawa kapasiti air di empangan Mengkuang cukup untuk menampung keperluan penduduk Pulau Pinang bagi tempoh 10 bulan tanpa hujan.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, pada Mac 2023, PBAPP telah mengabstrak purata 1,254 JLH air dari Sungai Muda untuk menghasilkan 1,028 JLH daripada LRA Sungai Dua.

”PBAPP akan melepaskan air dari EMD hanya apabila ia tidak dapat mengabstrak 1,254 JLH air dari Sungai Muda. Oleh itu, EMD berperanan sebagai sumber air mentah sandaran kepada LRA Sungai Dua apabila paras Sungai Muda semakin rendah.

”PBAPP juga telah melepaskan air dari EMD (untuk digunakan di LRA Sungai Dua) semasa senario kecemasan seperti insiden paras air Sungai Muda pada 14 Mei lalu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI