PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah meneruskan momentum pertumbuhan bagi suku pertama tahun kewangan 2023 (S1 TK2023), dengan catatan hasil sebanyak RM1.1 bilion.
Jumlah tersebut merekodkan pertumbuhan 10.5 peratus berbanding suku yang sama
sebanyak RM1.0 bilion.
Pengarag Urusan Keiji Ono, syarikat juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM62.1 juta bagi suku tersebut, menandakan peningkatan 13.3 peratus daripada PBT suku yang sama sebanyak RM54.8 juta.
Pertumbuhan ini disumbangkan terutamanya oleh peningkatan dalam hasil dan mengoptimumkan margin kasar.
Menurut beliau, dalam segmen perniagaan runcit, AEON merekodkan hasil sebanyak RM941.4 juta peningkatan kukuh sebanyak 9.8 peratus berbanding pendapatan suku yang sama sebanyak RM857.4 juta.
“Peningkatan ketara dalam hasil ini boleh dikaitkan dengan situasi perbelanjaan perayaan yang lebih tinggi dan normalisasi aktiviti perniagaan pada suku semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut beliau, AEON melangkah masuk tahun 2023 dengan terus mengekalkan komitmennya untuk menambah nilai kepada pelanggannya.
“Kami akan meneruskan usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mengukuhkan perniagaan utamakami sambil memacu ke hadapan dengan inisiatif transformasi kami.
“Tahun ini, pendigitalan, inovasi dan kemampanan akan terus menjadi penggerak di sebalik usaha kami untuk mencapai transformasi digital yang mampan.”
“Walaupun pacuan ekonomi tempatan dijangka semakin hebat melalui pembukaan
semula sempadan antarabangsa dan perjalanan antarabangsa secara berperingkat,
kami akui akan kehadiran tekanan inflasi, ditambah lagi dengan sentimen pengguna
domestik yang lebih lemah.
“Namun begitu, Syarikat tetap komited untuk memanfaatkan ekosistemnya dengan bekerjasama dengan rakan kongsi penyewa, pembekal dan kumpulan syarikat AEON untuk mengoptimumkan perbelanjaan pengguna dan meningkatkan nilai aset kami.” tambah Ono. -KOSMO!ONLINE