fbpx

10 kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kejadian yang pokok tumbang menghempap kenderaan susulan hujan lebat dan ribut di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kejadian pokok tumbang direkodkan susulan ribut kuat yang melanda berlaku di ibu negara setakat pukul 8 malam, tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa direkodkan terlibat dalam kesemua kejadian pokok tumbang tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian bermula pukul 7.30 malam.

Katanya, balai yang terlibat adalah Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Pantai, BBP Setapak, BBP Wangsa Maju, BBP Sri Hartamas, BBP Titiwangsa dan BBP KLCC.

“Antara Lokasi berlakunya pokok tumbang adalah di Jalan Kampung Attap, berlaku kejadian sebatang pokok tumbang di atas jalanraya dan kerja-kerja memotong pokok dan mengalihkan pokok dilakukan.

“Seterusnya, di Jalan Sultan Ismail, membabitkan satu kejadian pokok tumbang menghempap dua buah kereta jenis Toyota Yaris dan Proton Exora. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat.

“Diikuti Blok 19 Taman Bukit angkasa, berlaku kejadian sebatang pokok tumbang menghempap kereta perodua Myvi dan tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, insiden itu turut membabitkan Pejabat kesihatan Kepong, yang mana pokok tumbang menghempap lima buah motosikal.

Jelas kenyataan itu lagi, Jalan Ayer Jernih, Setapak, juga berlaku kejadian pokok tumbang menghempap empat buah kenderaan dan tiada mangsa terlibat.

“Flat Danau Kota, Wangsa Maju, juga berlaku kejadian pokok tumbang sehingga menghempap dua buah kereta dan tiada mangsa terlibat, manakala di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, berlaku pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

“Bagi kejadian di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, sebuah pokok tumbang menghempap tiang elektrik,” katanya.

Kata kenyataan itu, di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang Ortophedik Hospital, di sini, hanya berlaku kejadian pokok besar tumbang menghalang lalu lintas utama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI