fbpx

UCL: Inter dominan kuasai San Siro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ meledak gol tunggal perlawanan pada separuh akhir kedua yang menyaksikan Inter berjaya menewaskan Milan 3-0 secara agregat. – AFP

MILAN – Inter Milan memastikan tempat ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menca­tat kemenangan 3-0 secara agregat ke atas musuh setempat, AC Milan di pusingan separuh akhir.

Pada aksi timbal balik yang berlangsung di San Siro awal pagi semalam, Inter berjaya mengekalkan fokus dan menca­tat kemenangan 1-0 hasil gol tunggal perlawanan yang dija­ringkan Lautaro Martinez.

Jurulatih Inter, Simone Inzaghi berkata, beliau menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan pemainnya sejak awal saingan lagi dan mereka berjaya membuktikannya pada perlawanan awal pagi semalam.

“Bermula esok (hari ini), kami akan sedar tentang apa yang kami lakukan musim ini. Bagi saya, kami sudah mengharungi perjalanan yang cukup panjang selain bertemu pasukan-pasukan terbaik Eropah.

“Bagaimanapun, pemain-pemain saya percaya pada diri sendiri sejak awal saingan lagi. Mereka yakin dengan permainan sendiri dan sentiasa berjuang habis-habisan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mampu menarik nafas lega memandangkan pemain-pemainnya dapat mengelak sebarang kece­deraan meskipun terpaksa mengharungi jadual padat termasuk saingan liga dan Piala Itali.

Justeru, Inzaghi sedia untuk memberikan rehat kepada pemain-pemainnya kerana meng­anggap mereka berhak mendapat rehat selepas beraksi tanpa sebarang cuti dalam tempoh le­bih sebulan.

“Saya akan berikan mereka rehat selepas perlawanan ini ke­rana pemain-pemain Inter tidak mendapat rehat yang cukup sejak April lalu. Saya harap mereka akan kembali lebih cergas selepas ini.

“Memandangkan kami sudah mara ke perlawanan akhir, kami hanya perlu tunggu siapakah lawan kami nanti. Apa yang pasti, ia bukanlah perkara mudah ke­rana hanya pasukan terbaik la­yak ke final,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI