fbpx

Tiada lagi kerajaan betul, semua tahu – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada pelajar OKU, Nur Adila Ghazali, 25 pada majlis tersebut. FOTO: Saddam Yusoff/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Zaman kerajaan mengetahui dan betul semuanya perlu ditukar bagi menyelami citarasa generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, golongan muda adalah peserta penting dan aset pada masa kini serta masa depan dalam melakukan transfromasi kepada negara.

“Mustahil, kerajaan tidak melayani citarasa dan kehendak anak muda sebab kerajaan amat komited untuk membentuk landskap masa depan negara.

“Kerajaan bergantung kepada saudara-saudari bagi membentuk generasi Malaysia baharu yang akan diwarisi nanti.

“Zaman kerajaan tahu dan betul semua telah berlalu. Kerajaan Madani bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong saya, rakan-rakan kabinet dan kepimpinan parti politik kerana tahu bahawa Anwar ada idealisme tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, hari ini.

Majlis tersebut disertai 5,000 pelajar UiTM dengan objektifnya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia Madani yang bersatu padu dalam meraikan perayaan sebegini.

Ahmad Zahid berkata, UiTM khususnya mempunyai akta tersendiri dengan memberikan kelebihan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar berbanding pelajar universiti lain (tertakluk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)) dalam bukan hanya untuk aktiviti malah menyuarakan pendapat.

“Maka terdapat sejuta alumni pada tahun ini sejak UiTM ditubuhkan telah memperlihatkan UiTM adalah sebuah universiti awam berbeza.

“Kena buktikan keistimewaan ini bahawa saudara-saudari harus berada di garisan hadapan setiap masa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan generasi muda terutama pelajar universiti mempunyai banyak saluran berbanding dahulu.

“Kalau ada saluran-saluran pun disekat. Kumpulan saudara tidak menjadi anti-establishment yang tegar.

“Pertukaran ini kerana saudara telah menyalurkan di saluran betul dan tepat biarpun berbeza pendapat selain kerajaan turut meraikan dengan menghormati citarasa anak muda di Malaysia,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI