fbpx

Suami isteri diberkas dalam serbuan makmal dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan oleh JSJN PDRM Perak di IPK Perak di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Tembelang suami isteri menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Jelapang sebagai makmal memproses dadah terbongkar apabila mereka diberkas polis kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun dan isterinya, 38, itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam serbuan pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan di rumah pasangan suami isteri itu membawa penemuan 21,676 gram dadah disyaki heroin dan cecair disyaki dadah sama dengan anggaran berat 3,640 gram.

Katanya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu berjumlah RM210,122.80.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah bahan-bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dan membungkus dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak Februari 2023 dan dadah yang dirampas itu adalah edaran untuk pasaran tempatan.

Katanya, jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 47,000 orang penagih dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI