fbpx

SKMM diarah bertindak iklan jualan semula tiket Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiket konsert Coldplay yang dijual semula dengan harga lebih mahal.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan supaya mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket Coldplay di media sosial.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan ulat tiket.

Semalam, Fahmi menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi miliknya memaklumkan akan membangkitkan isu penjualan semula harga tiket konsert Coldplay yang tidak masuk akal.

Ia termasuk kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana isu harga tiket adalah di bawah kementerian itu.

Menurut Fahmi, penjualan semula tiket Coldplay dengan harga yang lebih mahal sehingga mencecah RM43,200 di media sosial adalah sangat keterlaluan.

Jualan tiket konsert Coldplay yang bermula pada 16 dan 17 Mei oleh pihak penganjur dilaporkan habis dijual dalam tempoh yang singkat.

Ekoran itu terdapat individu mengambil kesempatan menyiarkan iklan di media sosial mahu menjual semula tiket berkenaan dengan harga tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI