KEHADIRAN semua anggota Sistar ke majlis perkahwinan bekas pengurus mereka yang berlangsung pada hujung minggu lalu memang sesuatu yang manis untuk dikenang.
Bukan sahaja kepada pengantin, bahkan buat tetamu yang ada di majlis berkenaan apabila Sistar membuat kejutan istimewa.
Ikut perancangan, penyanyi K. Will akan melakukan persembahan lagu ucapan tahniah kepada pengantin tetapi tidak dapat dijayakan akibat masalah tekak.
Dari situlah, Sistar diminta untuk menggantikan tempat K. Will dan mempersembahkan lagu popular mereka iaitu Loving U.
Biarpun persembahan tersebut tidak dirancang, mereka melakukan nyanyian dengan sempurna dan mendapat tepukan gemuruh semua tetamu.