fbpx

RM10,000 kepada MPP setiap kampus UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menghadiri majlis tersebut di Kampus UiTM Puncak Alam, hari ini

KUALA SELANGOR – Kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukkan itu bagi membantu MPP berkenaan berinteraksi dengan para pelajar dalam aktiviti berfaedah mereka di kampus masing-masing.

“Gunakan peruntukan itu bantu rakan-rakan yang perlu Menu Rahmah.

“InsyaAllah, jika aktiviti berjalan dengan baik, tidak perlu jemput saya datang. (sebaliknya) Saya akan datang tambah peruntukan-peruntukan itu,” katanya ketika berucap pada majlis Riang Ria Aidilfitri bersama MPP UiTM di Kampus Puncak Alam, hari ini.

Beliau turut memberitahu akan memaklumkan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung penambahbaikan kemudahan pengangkutan kepada pelajar UiTM.

“Jika tadi, pengerusi saudara saudari (MPP) meminta supaya masalah bas dilihat. Kalau pun tidak diganti tetapi dibeli baru.

“Maka tidak munasabah, saya yang amat dekat dengan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tinggi tidak membisikkan kepada kedua-dua mereka (berhubung permintaan kemudahan pengangkutan itu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI