fbpx

PRN: Kemuka nama calon selepas selesai bahagi kerusi BN-PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada majlis Riang Ria Aidilfitri di Kampus UiTM Puncak Alam. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan nama calon setelah pembahagian kerusi selesai bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pembahagian kerusi antara BN dan PH hampir selesai.

“Kita baru hampir memuktamadkan pembahagian kerusi dulu baru dia orang (Pengerusi BN negeri) kemukakan nama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Riang Ria Aidilfitri bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus UiTM Puncak Alam, hari ini.

Enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dikatakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing selewatnya Jun ini bagi membolehkan PRN. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI