fbpx

Pemilik syarikat direman dua hari kes tuntutan palsu Penjana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat direman selama dua hari selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu secara dalam talian bagi mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana).

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Sumber berkata, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM370,000 sekitar 2020 hingga 2021.

“Lelaki berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 1 tengah hari semalam selepas hadir bagi memberi keterangan berkaitan kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 kanun Keseksaan.

Kelmarin, SPRM menahan tiga individu daripada dua syarikat berbeza selepas disyaki mengemukakan borang palsu pengesahan pekerja melibatkan nilai tuntutan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada Perkeso di bawah program Penjana. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI